Wednesday, November 16, 2011

Bingkisan Senja Tiada Berpenghujung...

~bukan maksudku membalas coretanmu~

Assalamualaikum,

Tiada perkataan seumpama yang dapat ku gambarkan, mungkin ungkapan 'padan muka' yang sering menjadi laungan ku, ketika aku mengejek rakan di kala aku masih kecil adalah sesuai buat aku di ketika ini, dan disaat ini dapat aku rasakan ini lah balasan buatku yang sering lupa, lalai, leka akan tugasan ku tehadap-Mu, dan tidak melebihkan diri-Mu lebih dari keinginanku.....

Ya Allah... tiada ungkapan semanis gula dapatku luahkan, tiada bisikan sepahit hempedu dapat ku gambarkan tika hati ini dilanda gundah, sebagai manusia yg jahil, kadang aku terlupa akan kasih-Mu yang sentiasa ada disekelilingku, kadang aku terabai hukum hakam-Mu, mungkin terlalu seronok dengan kehidupan duniawi ku tanpa aku menghiraukan salah laku ku terhadap-Mu...kini cuma sedikit bingkisan longlai yang rapuh dapat ku luahkan...

Sedih, pedih, kecewa, dikhianati, dan tidak dihargai.....mungkin ya inilah ombak perasaan yang membadai jiwamu ketika ini. Tidak pernah aku inginkan walau sedikit perasaan ini membadai jiwamu, dan tiada sekelumit perasaan amarah, dendam ku terhadap dirimu. Sezahirnya aku tidak pernah aku membenarkan diriku melakukan perkara yang menjadi punca dan penyebab dirimu berada dalam kepungan awan perasaan yg seperti itu, akhirnya awan yg tadi sudah memberat, lalu melewati suci pipi mu dan akhirnya jatuh membasahi dirimu... tidak sedikit aku meletakkan beban yang setiap yg berlaku ke atas dirimu kerana, kerana beban itu adalah aku..!

Lama, ya mungkin sudah lama tidak aku ketemu, ya salah aku di kala hari gembira aku dan dia walau aku dan dia sangat hampir, payah, susah, menyusahkan, mengganggu, adalah ungkapan yg aku lemparkan pada dirimu... hampir robek hatimu dek kerana sikapku, tidak aku percaya, bahawa itulah permulaannya...rentetan itu juga membawa kepada kemusnahan yang memeritkan buat aku dan kamu... pernah aku guris hatimu dengan pisau yg tumpul, walaupun tumpul tetapi kesannya itu sgt menyakitkan dan menekan jiwa mu... dirimu tahu aku berseorangan, dirimu tahu aku tiada siapa-siapa, dirimu tahu yg aku perlukanmu, tapi kenapa jalan itu yag kau pilih, meninggalkan aku sendiri tanpa arah, tiada apa petunjuk, yang akhirnya meniggalkan aku keseorangan.... pedih, sedih kecewa kerana begitu mudah dirimu melafazkan ungkapan itu dan sorotan kata-kata mu sgt pedih serta tersangat mengguris. Mungkin, ia satu ungkapan yg biasa darimu, tetapi ianya sepeti patukan yang berbisa seksanya

Hampir DUA TAHUN.... aku menanhan diriku dari mengingati katamu, walaupun bisanya melekat tetapi aku tidak pernah putus berhubung denganmu, walau aku telah dicampak dari hidupmu, tiada kata sekuat yang aku dapat luahkan hanya perkataan sahabat yg aku mampu pada ketika itu, aku tetap berusaha kembali memikat hatimu, walau pernah aku cuba, pernah aku rayu, tetapi jawapannya hambar, maafkan diriku mengkhianati mu, maafkan diriku mengguris hatimu, maafkan aku membelakangi kamu... maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku..semuanya salah aku... maafkan aku..

Jangan lah kamu menyalahkan dirimu atas apa yang berlaku, jgnlah kamu meletakkan dirimu dihentak ombak tsunami yang membadai, kelak akhinya membinasakan dirimu, kerana apa yang terjadi adalah semua salahku, buangkan lah amarahmu, buangkanah bencimu, buangkan lah sedihmu, buangkan lah dendammu, jangan kau pendamkan lagi, biarkan ia berlarut didalam air sungai yang banyaknya sehingga ia kelautan yang meluas dan akhirnya kamu melupakan apa yang berlaku di hari yang lepas.. jika tidak, diriku masih lagi dibelenggu rasa bersalah, dan terasa terhina sehinanya dengan coretan mu. Walaupun aku tahu aku bersalah, sudah aku sejujurnya aku memohon maaf dari hari lafaz bisa mu sehingga kehari ini, tetapi aku masih lagi merasa dirimu tidak sedikit memaafkan diriku...

Ya Allah, sesungguhnya, akulah hamba-Mu yang lemah, yang sering dan senantiasa melupai kamu tika aku senang, tika aku gembira, yang sering melewati suruhan-Mu di dunia fana ini.. aku tidak berlayak menjadi khalifah-Mu yang seperti Kamu inginkan, dan aku tidak berlayak menerima apa-apa yang lebih dari apa yang selayaknya dari Kamu... Kamu menemukan aku seorang bidadari dunia, yang cantik budi nya, elok sikapnya, yang sempurna amalanya kepada-Mu, tidak pernah melupai untuk bersujud kepada-Mu, mengucap kata dan lembut lidah nya berdoa dan menyebut kalimah-Mu tapi ditemukan dengan aku yang buruk sikap nya, dan dipertangahannya aku merosakkan apa yang dia telah lakukan terhadap-Mu, aku telah menjauhkan dirinya dari diri-Mu.. Ya Allah, aku tidak selayaknya menerima anugerah-Mu ini, aku takut, aku takut, aku merosakkan anugerah-Mu yang begitu cantik dan sempurna ini... dan kini aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah, kerana engkau telah menampakkan diriku yang hina ini kepadanya, sesungguhnya aku bersyukur kau telah menyelamatkan dirinya dari terus hanyut bersamaku.... Ya Allah kau kembalikan lah semula perasaannya yang hilang kepada-Mu, ampunilah dosa-dosanya yang lalu, kau hilangkan lah ingatannya dari mengingatiku supaya dia berasa senang beribadah kepada-Mu.. biarkan air matanya menangisi atas gerun Sifat-Sifat-Mu serta Zat-ZatMu, Kau bukakan hatinya untuk memaafkan aku... sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui Segalanya diatas segala apa yang dirnya rasa, Kau yang Maha Memelihara, dan Kau peliharalah dirinya supaya dia tidak terus hanyut...Kau gembirakan lah hatinya, buangkan segala kesedihan yang melanda hatinya, berikanlah perasaan yang selayaknya buat dirinya

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu yang hina sehina asal ciptaan ku, Kau ampunilah juga dosa-dosaku yang lalu, yang banyaknya seperti pepasir dilautan, sesungguhnya Kau adalah Maha Pengampun, dan Maha Penerima taubat, Ya Allah, selamatkan lah diriku dari terjerumus kedalam lembah hina Mu, berikanlah aku kekuatan meneruskan sisa hidup ini, walaupun aku hanya perlu berseorangan, Ya Allah, aku tidak lagi selayaknya menerima apa yang Kau anugerahkan padaku, Kau jauhkan lah aku dari apa bentuk halangan yang menjauhkan diriku dari diri-Mu, Kau berikanlah aku hidayah taubah agar aku terus-terusan mengingati-Mu, jauhkan lah aku dari Azab siska-Mu dan bahana panasnya api neraka-Mu... Amiiiin

1 comment:

Nur Maisarah Bt Noor Azam said...

u make me cry.. (T.T) Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami yg lalu dan yg akan datang.. Ya Allah, lembutkanlah hatinya Ahmad Atiqurrahman B. Hasan spt Engkau lembutkan besi nabi Daud A.S.. temukanlah Atiqurrahman dgn jodoh yg baik.. amin (" ,)