Tuesday, June 23, 2009

Seminggu selepas....

Seperti yang aku sudah jangka, buat minggu-minggu pertama, memang tidak banyak yg dapat dilakukan sepanjang aku di tempat LI aku. paling banyak aku buat adalah, berkenalan dengan rakan se'LI' aku di FRIM ni. Walaupun masih satu minggu rasanya maacm dah kenal rakan sepejabat. cuma ada seorang dua yang masih belum duduk semeja berborak sekali. mungkin sekali adalah gap as pegawai masih tebal lagih antara dieorang ngan kami. but still masih lagi ada rasa respect pada mereka. secara luaran ok lah.. maybe blum nampak isi nya lagih.. masih awal lagih nak mengetahui watak sebenar mereka.

aku dan rakan-rakan seramai enam orang dari UMP yng mendaftarkan diri di FRIM ni, hari pertama mendaftar, biasalah.. awal sampai nya.. akibat xpenah usha jalan mana nak ke FRIM, seawal pukul 6.30 aku dah keluar dari rumah pakcik aku di sri gombak. so,dalam pukul 7 aku sampai lah di FRIM. dok lepak minum-minum di kedai sambil menunggu jam menunjukkan angka 8 baru aku masuk di FRIM. kemudian mendaftar di PSM (pusat sumber manusia). senarai nama yang setebal hampir 10 m/s memberi petanda begitu ramai pelajar-pelajar dari universiti lain turut mendaftar sebagai pelatih di FRIM ni.. belek punya belek.. helaian tu, tidak kelihatan pun nama AHMAD ATIURRAHMAN BIN HASAN.. tambah cuak hati aku.. last-last aku tunjukkan surat reply dari FRIM.. akhirnya aku diterima hahaha..dan pada hari pertama ini juga, seorang kawan aku yang dirahsiakan namanya (menjaga nama baik) sesat selama 2 jam walaupun sudah uhsa jalan untuk ke FRIM dari jalan klang lama sebanyak 2 kali. rasa kelaka pun ada. hari pertama xbanyak berlaku, cuma ada penerangan pendek dari penyelia LI. selain itu aktiviti ku, makan dan melepak di perpustakaan.

sebenarnya pada penerangan pendek di hari pertama saya dan asraf di beri tugasan a.k.a projek biodiesel. raw material yang kami gunakan adalah dari buah jarak (jatropha) dan buah bintangor laut (nyamplong). penyelia kami beri masa kepada kami sehingga 3 julai supaya sudah ada hasilnya. selain itu kami kene menydiakan laporan pendek berkaitan projek ini. laporan yang formatnya serupa dengan format lab report..

pengalaman mencari buah bintangor laut bersama penyelia di pantai sepat, beri aku satu pengalaman baru mengenali pohon yang menjadi sebutan dan kajian untuk mengahsilkan produk alternatif kepada sumber bakar digunakan untuk mengerakkan jentera.

di akhir minggu pertama aku di tempat LI, aku terpaksa pulang ke UMP, di atas urusan yang tidak dapat dielakkan. dan di akhir minggu kedua juga aku terpaksa pulan ke UMP di atas tugasan yang tidak dapat di elakkan.

Hurm.. di minggu kedua aku harap dapat meneruskan projek aku itu. nanti aku ceritakan macam mana prosess aku menghasilkan biodiesel ni :) so kawan :) tunggu yerks..
Posted by Angah.Atiq at 3:05 AM | 1 comments   Links to this post
Sunday, May 31, 2009

Jangka hayat laptop ku berakhir jua...

Dah 6 tahun hidup bersama, ahkhirnya pada tanggal 29 Mei 2009, laptopku menghembus nafas terkahir ketika aku sedang memangku dan melihat laptop ku. Sedih jangan tak terhingga sukar dilafazkan, mungkin sudah tiba masa aku mencari ferari yg menjadi idaman aku sejak dulu kala. buat aku yang kaki gamers mungkin itu sesuai, tapi memandangkan aku yang sedang menyimpan untuk membuat renovation pada JBR 3991, mungkin cita-cita untuk menadapat kan ferari, aku kene tangguhkan buat sementara waktu. My new look for JBR 3991 akan disiapkan sebelum berakhir nya tanggal 31 disember 2009. di harap pada sesiapa yang ingin melihat perubahan pada JBR 3991, di harapkan bersabar. i will show u later on my new JBR.. wahahahaha.. JBR, Ferari, HTC Touch diamond 2 @ blackberry bold and Graduation lah.. ahaks..a beautiful day to dream about this..
Posted by Angah.Atiq at 6:24 PM | 3 comments   Links to this post
Labels: ,
Wednesday, May 27, 2009

Hail Barca...!!!

Bukti sudah jelas nyata Manchaster United bukan lawan sebenar Barcelona. Kemenangan Barca adalah kemenangan mutlak buat Barca.. love u arr Barca.. wakakaka.. Ferdinand, vidic lansung tak dapat mengekang penyerang berbisa Messi.. kesilapan evra yang membuka peluang pada eto'o membuat gol pembukaan buat Barca. Tidak satu pun serangan Man U mengancam Barca..

Puyol adalah ancaman utama pasukan ManU, hantaran tepat xavi dan iniesta, pertahanan yang mantap dari yaya toure dan sylvhnio membuat kelab besar seperti Man U, jauh dari prestasi sebenar mereka. Barca memang layak memegang gelaran yang menjadi rebutan kelab-kelab terkenal.. sekarang piala tu berada di sepanyol, Barca adalah champion of champion.

Hail Barca..!!! hail Barca !!!
Posted by Angah.Atiq at 8:27 PM | 0 comments   Links to this post
Labels: ,
Sunday, May 17, 2009

Apa nak buat ..?

hampir sebulan lebih angah xbuat entry... so baru sekarang ada mood nak tulis sumthing on this blog.. sori pada kawan yang ada merungut pasal blog angah, lambat update, xdak entry baru ke hapa ke.. sowwy ek.. ni baru ada mood

angah nak cite ma life after environmental paper ni..

2 hari selepas exam angah dah balik kerumah, konvoi bersama en yapau dan en fakhrur, meter kelajuan xlah lebih 100km/j kalau konvoi ni.. slow je.. en yapau lah lead konvoi ni.. angah dok tengah2 n fakhrur dok belakang..sampai segamat aja kiteorag pecah pegi haluan masing-masing.
then malam baru angah sampai di melaka. tak sampai 12 jam melepak di melaka, bersama umi, angah dah kene bertolak ke kl, coz anak sedara angah yg tersayang sakit...

anak buah angah( nama die firas), xsampai setahun ni kene tahan wad, sbb suspek jangkitan paru, demam berpanjangan, n sesema. just suspek aja.. bukan apa.. anyhow... selepas doktor cek firas, upenye bukan jangkitan paru-paru.. (Alhamdulillah.. lega rasa) cume hidung die tersumbat sbb dah lama sesema, ada jangkitan virus di saluran pernafasan firas sahaja.. angah rasa sedih tgk die. kecik2 dah masuk wad.. yang paling sedih masa doktor bagi gas pada firas untuk cairkan sesema yg tersumbat, dan enjet apa entah kat tangan die.. sakit wooo kesian angah tgk firas, die menangis sekuat-kuat.. maybe die nak cakap "tak nak,taknak"..

after tgk firas, angah kene bertolak semula ke pahang, pagi2 pukul 4 pagi angah kene bertolak ke pahang, sbb trip angah ke perak sungai siput, untuk ke ekspedisi graduasi 'G7' chamah dan ulu sepat ankan bertolak pukul 9 pagi dari Uni. sampai di kolej angah dapat tau coklat molat yang angah nak bawa semasa ekspedisi tertinggal (sedih nye lah coklat sedap2 angah beli,last-last tertinggal,jadi habuan adik2 lah coklat tu). Letih ya amat, tak dak saper tau. (dalam perjalanan menaiki bas ke perak angah tido jerk) .. actually G7 ni bermaksud gunung yang lebih 7000 kaki tinggi dari aras laut (gunung tahan,gunung korbu, gunung yong belar, gunung gayong,gunung yongyap,gunung camah & gunung ulu sepat) after selesai 2 gunung yang angah nak naik ni, angah akan tamat G7 angah... hehe aktiviti ni angah naik bersama rakan-rakan dari kelab T-Rex.

kalau nak cerita sangat panjang perjalanan angah ni, about 7 days perjalanan naik dan turun. Letih tak terkira, cedera pun ada, calar balar jagan cakap, kalau citer pasal agas, sekilo banyak nye.. pacat.. haha pun ada jugak.. kebiasaannya dalam perjalanan mendaki gunung ni macam-macam perasaan ada.. menyesal, letih lah.. tapi after turun sume kata besh lah ape lah.. haha yang paling menarik adalah... kenangan mendaki bersama kawan2. tu yang paling menarik...masak sama2,gelak tawa, gurau senda, sume nye besh belaka.. sejuk sbb dok atas gunung.. sejuk sebab ujan turun xhenti2, baju basah.. huh.. mandi air sungai yg jernih dan sejuk sampai tulang sum-sum.. huhu.. woo besh sies..

after dah turun & sampai kat kolej, menjadi perkara rutin kene lah basuh baju ekspedisi, beg, kasut n macam2 lagih nak kene basuh.. hahaha malas seh nak basuh..

after 2 hari angah bertolak pulang dari kolej kerumah, tapi hala tuju angah bukan ke melaka, tapi ke puchong.. kene teman akak yang berkeseorangan di puchong tu bersama firas tersayang hehe.. angah kene teman akak angah,sbb husband die outstation ke China, coz syrikat abg ipar tempat die keje perlukan khidmat die di China.. so die kene pagi sana.. dan angah pula kene temankan akak n firas. angah dapat main dengan firas waktu malam sahaja, sbb pagi2 ibu die hantar firas ke pusat jagaan kanak-kanak (nursery) sebelum ibu di ke tempat kerja.. sepanjang 2-3 hari angah di punchong angah berjalan merata, ke UPM, ke ioi mall, ke bulatan pahang, berjalan sorang2 sambil shopping jugak.. wahahahahaha.. tapi tahap kebosanan angah di tahap memuncak sehingga kan angah ke kedai buku beli tiga buah novel coretan ramlee awang murshid (the most thriller novel) yang di coret oleh ramlee.. besh baca cerita dia (xabeh baca pun lagi)

and sekarang angah di melaka, bosan jugak duduk begini,mujur ada novel, internet boleh angah ilangkan bosan-bosan dirumah, selepas ni angah kene usha-usha rumah di kepong.. hopefully ada rumah kosong nak duduk, leh ajak yapau, wan dok sekali.. murah skek bayar sewa.. tapi betul ke angah pegi ke kepong... angah masih ada satu lagi urusan yang tidak selesai di UMP.. urusan yang angah tak tahu nak cakap macam mana.. serabut kepala pikir pasal tuh (bukan PSM, mujur dah hantar pada SV)... arrrghh

selain itu, angah xtahu apa nak buat.. agak nye ape perkara angah nak buat setelah selesai baca 3 novel ni..?huhu xterpikir apa2 lagih.. kawan2 mcam mana..?xnak hang out sama2 ke..?
Posted by Angah.Atiq at 9:31 PM | 0 comments   Links to this post
Labels:
Wednesday, April 1, 2009

Realiti 19A1, 1 A2 (Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal)


Berita ni mungkin sudah lapuk, tetapi kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar terbaik SPM 2009 kini menjadi perbualan, perbandingan, sumber inspirasi malah ada juga yang cuba memburuk-burukkan kejayaan beliau, sebaik sahaja berita kejayaan nik nur madihah tersebar di muka-muka akhbar tempatan pada 14-15 mac 2009 yang lalu. Namun, pada angah, nik nur madihah yang juga seorang pelajar yang angah kira sangat susah hidupnya tetapi dia tetap boleh berjaya. Sungguh pun terserlahnya kedaifan kehidupan nik bersama adik-beradik, ibu dan ayahnya, namun orang tua nik nur madihah memiliki kesedaran ilmu yang tinggi dan mengutamakan pelajaran buat anak-anak mereka, supaya anak-anak mereka tidak ketinggalan dari segi ilmu dan pengetahuan.

Cube pikirkan sejenak dan ambil iktibar......

klt000018411

(kredit untuk Hafiz Johari - Photographer Utusan)

Siapa Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal ???????

Bangsawan..anak Tan Sri..cucu Datuk..saudara golongan Elit..waris Ahli Parlimen..sepupu Ahli Dewan Undangan Negeri..

Dia hanya menumpang kasih sementara berkesempatan pada ibunya, seorang Tukang Sapu..bapanya seorang Nelayan..

Dengan rumah yang boleh dianggap pondok, Nik Nur Madihah mampu memanipulasikan nikmat ciptaan Tuhan..kepandaian yang ada..mengembeleng keringat..memperoleh keputusan SPM 20 A…19 A1, 1 A2..

Hidup serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit..mampu mencernakan kejayaan gemilang dalam sejarah pendidikan di Tanah Melayu, tersohor dengan nama Malaysia..

klt000018405

Pelajar Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu Kelantan ini menjadikan ruang tamu yang sempit di rumahnya sebagai tempat inspirasi..titis hujan mengenai atap zink rumahnya sebagai muzik penenang jiwa..alunan angin menghembus sebagai ‘kipas’ tatkala jasad dijamah bahang..

Belanja sehari..RM5..Tambang bas RM4..lebihnya RM1..

“Makan roti saya tiap-tiap hari di sekolah..di rumah, dapat makan nasi dengan telur, pun saya telan,” katanya dengan tenang..

dah la..sedih wei nak cerita pasal nih..dapatkan naskah Kosmo! Ahad, baca garapan nukilan Khairi Mohamad..

Topup untuk : Blog Cabuk

____________________________________________________________



Beberapa perkara yang masih tidak diketahui umum:

1. Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.

2. Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.

3. Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.

4. Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota Putra. Kira cerdik-cerdik belaka.

5. Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.

6. Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, puas untuk aku mengorek rahsia ketika wawancara itu dibuat, sepanjang tempoh itu Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan terpaksa aku kutip daripada ibu dan gurunya.

7. Madihah kata keputusan percubaan SPMnya teruk, 14 A dan 5 B. Teruk sangatlah tu...

8. Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink. Diakui oleh wartawan Kosmo, Bob.

9. Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD. Fuyoooo....

10. Utusan Malaysia hampir terlepas cerita Madihah ini, tetapi nasib baik ada kawan lain yang terbocor secara tak sengaja... huhuhu thanks for the info.

Cerita Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa, anak nelayan, anak penoreh, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu.

Kadang-kadang rumah yang kecil boleh memberi ruang yang lebih luas dalam fikiran kita.

Kerdit utk : Tukang canang


Posted by Angah.Atiq at 1:40 PM | 0 comments   Links to this post
Labels: , , ,
Monday, March 30, 2009

Promosi Penjilidan report Process & Plant Deign

Assalamuaikum & Good Day

BEST menawarkan harga terbaik kepada anda bagi menyiapkan penjilidan report Process & Plant Design untuk mahasiswa tahun akhir FKKSA.

Tawaran harga ini tertakluk untuk report Precess & Plant Design ini sahaja.

Jadi apa tunggu lagi. Jom pakat datang ramai-ramai.

Perkara

Jenis

Harga

Kertas

Printing

(Laser)

Black & White

30 sen/copy

A4 80 g

Colour

RM 1.00/copy

A4 80 g

Photostat

Black & White

0.06 sen/copy

A4 80 g

Binding

Comb

ikut ketebalan report

-

CD Kosong


RM 1.50/CD

-

Bagi fakulti lain, anda bolehlah datang ke kedai kami di A13, Pusat Siswa Niaga KK2 untuk berbincang mengenai harga bagi report masing-masing.

Jika berminat boleh kontak saya

013652213

skype: angah_mt

ym: angah_my

***Iklan ini di copy dari kerol

Posted by Angah.Atiq at 10:20 PM | 0 comments   Links to this post
Labels:
Wednesday, February 25, 2009

Pembukaan Berjaya Strategi Tidak lama lagi....

Antara tidak sabar atau teruja, tetapi persoalan nya bila pembukaan berjaya strategi...?

Sekarang angah dan kawan-kawan perkongsian angah dah boleh senyum sebabnya, tidak lama lagi kami bakal memiliki sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan photocopy, bindings, printing.
Idea ini sudah lama dikongsi bersama dengan 5 orang rakan kongsi perniagaan. Ada yang keluar ada yang masuk, dari sebelum penubuhan sehingga kini banyak pengorbanan dari kawan-kawan untuk merealisasikan penubuhan syarikat ini.

Apa yang pasti Berjaya Strategi Enterprise akan memulakan perniagaannya tidak lama lagih, dalam minggu ini kami akan rasa kehangatan mesin photocopy yang sudah ditempah dan akan di hantar pada kami dalam minggu ini.

So rakan-rakan Mahasiswa UMP boleh singgah di kedai kami untuk mendapatkan perkhidmatan yang paling berpatutan buat kawan-kawan yang kami sediakan khusus untuk mahasiswa UMP dan staff UMP...

JUM KE KEDAI KAMI....
Posted by Angah.Atiq at 7:58 PM | 0 comments   Links to this post
Labels:

Camry,rolls royce,bmw 7 series dan Mercedes Compressor.??

Kalau ikuti perkembangan isu sekarang, tidak habis-habisan isu berkait rapat sangat dengan kenderaan peribadi yang dah tentu-tentunya bukan milik peribadi. Sepatutnya sebagai YB, Menteri-menteri yang dilantik secara rasminya oleh rakyat, melaksanakan apa yang di amanahkan oleh pengundi-pengundi mereka sejak dari awal lagi. Kemana janji yang ditabur..??Angah agak terkilan apabila janji-janji yang ditabur seperti baja tadi,ibarat di tabur tadi di atas tanah yang tidak digembur.

Kini tidak sudah-sudah dengan isu kereta rasmi kerajaan negeri,kereta rasmi menteri-menteri. Pada pandangan angah secara peribadi,angah rasa tidak lah salah kalau kerajaan negeri ingin menukar kenderaan rasmi mereka kepada yang kurang tinggi kos penyelegaraan, tapi angah sedikit hairan kenapa isu ini di bangkitkan dan di persoalkan oleh pihak pemerintah, sedangkan kerajaan negeri seberang laut menggunakan kereta yang lebih grand (hebat). Rolls Royce yang di gunakan oleh ketua menteri ,yang terbukti mahalnya (sehingga mencecah jutaan ringgit),BMW 7 series yang digunakan oleh 2 timbalan ketua menteri(harga yang hampir mencecah 1 juta), hairan dan ajaib apabila Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes(harga tidak kurang dari 200K).

persoalannya kenapa perlu digembar gemburkan isu kereta ini..???kenapa tidak digembar gemburkan berita kejayaan mereka capai @ berita tentang apa perubahan yang mereka buat sepanjang mereka menjadi orang yang diamanahkan ditempat yang mereka wakili..??


pikir-pikirkan...
Posted by Angah.Atiq at 7:07 PM | 4 comments   Links to this post
Labels:
Wednesday, January 28, 2009

Hari Catur Bestari

Mari angah kenalkan apa catur bestari...

Sebelum ni korang sume, for sure penah dengar ape itu permainan Saidina, Milliornare. Konsep permainan yang melibatkan jual beli tanah, lebih pada perumahan dan pemilikan tanah. Dan permainan yang menerapkan konsep jual beli. dan semua percaturan permainan dan strategi lebih kepada nasib tentuan buah dadu

Tapi, Catur bestari ni bukan sekadar catur biasa yang di juarai oleh Kasparov juara dunia catur, tetapi catur kali ini agak luar biasa dimana konsep yang diterapkan dalam catur ini adalah lebih kurang sama seperti Saidina & Millionare. Semua pergerakan setiap pemain ditentukan oleh buah dadu, dan diterapkan konsep Francise,perniagaan,pelaburan serta konsep persetujuan diantara pemain-pemain.

Pemainan ini di perkenalkan dengan tujuan melatih supaya bangsa kita menjadi bangsa usahawan. Peraturan permainan ini angah kira ada sedikit rumit,sedikit mengelirukan. Kalau diikutkan apa yang angah paham seperti peraturan yang sedia ada berlainan dari apa yang angah pelajari sewaktu pertandingan di Pesada Johor awal akhir Disember 2008 dulu.

Permainan catur ini mempunyai 3 peringkat, peringkat pertama di panggil "laluan Makan Gaji" peringkat kedua dipanggil "Laluan Tijarah" Peringkat yang terakhir dipanggil "laluan Jihad" .Semua permianan ada untung dan rugi nya, di laluan makan gaji ada dua jenis kad iaitu kad fitrah dan kad pelaburan. Di laluan Tijaraada 3 jenis kad iaitu kad Operasi,Kad Prestasi & kad Bisnes amal. Manakala di laluan Jihad ada 1 jenis kad iaitu kad ape ek..?(eh lupe plak)

Okeh angah teruskan ek...Untuk ke laluan Tijarah dari laluan makan gaji,pemain perlu ada tunai sebanyak RM30,000. Layak saje ke laluan Tijarah perlu beli Satu Syarikat, dimana pemain perlu mengawal operasi syarikat,untuk mendapatkan keuntungan lebih jika pretasi syarikat di melakukan operasi seperti yang dikehendaki dalam kad operasi.. pening nak kawal operasi syarikat ni. dan permainan di peringkat ini akan berterusan sehingga ada sahaja tunai ditangan sebnyak RM 1Juta,barulah layak untuk naik ke perigkat Laluan Jihad.

Amacam ni baru je mule-mule,belum lagih yang peraturan yg pening-pening lalat, tapi orang kata, tak kenal maka tak tahu, so ape-ape kene main dulu, baru tahu macam mana perjalanan permainan ni. Lewat tahun 2008 bulan disember aritu ada pertandingan di Johor, peringkat kebangsaan. Pemain-pemain yang datang bukan calang-calang orang,ada yang usahawan, ada pegawai kerajaan, cikgu, pensyarah, murid sekolah pun ada, tak kurang jugak kami dari wakil Universiti-Universiti tempatan ambil bahagian. Kami compete tuk merebut hadiah yang sangat Lumayan, mana tak nya hadiah Utama Proton Saga, hadiah pertama percutian di goldCoast mmg lumayan..

Banyak lagi hadiah, tapi angah tak menang lah cuma buleh hadiah cenderamata dari penganjur aje, cukuplah sekadar kenangn buat angah. Tapi angah seronok juga,itulah kali pertama angah menjejakkan kaki di Bumi paling selatan di tanah air. JB.. hahaha rasa kelaka pun ada, angah duduk melaka tapi tak pernah sampai JB. Angah seronok jalan-jalan aja lah masa tu,lepas abeh pertandingan aje, angah ngan kawan2 jalan2 lah kat kawasan JB. Seronok dah tentu,kenangan manis pun ada juga.

meh angah kongsikan kenangan-kenagan manis angah dengan kawan2 angah di JB bersama Catur Bestari hehehe






Posted by Angah.Atiq at 8:39 AM | 2 comments   Links to this post
Labels: