Tuesday, August 24, 2010

Sedih..

Di kala ini, aku sgt bersedih,ya aku sgt sedih walau aku tidak tahu apasalah ku, apa yang telah aku buat, secara jujur aku tidak mengerti kamu kini dan aku meminta maaf jika ada buat kamu terkecil hati, tidak sedikit pun dari benak hati aku ingin menyakiti kamu, tidak sedikit pun ingin membuat kamu sedih, jika ada salah aku, kau luahkan lah pada aku, bukan pada org lain, hampir setahun dan kau semakin jauh dan jauh dari aku.. sebelum nyawa aku di tarik, aku ingin meminta ampun dan maaf sekiranya ada perilaku ku telah buat kau kecil hati dengan aku..

YA-ALLAH betapa kosongnya hidup aku selama ini, ujian kesedihan yang Mu berikan padaku bukanlah apa sgt di bandingkan kosongnya jiwa ku kini, aku mengerti kesedihan yang Kau uji pada aku ini, akan aku tempuh dan pasti ku tempuh. Hamba-Mu yang kerdil ini sedang mencuba kembali kepada Mu, dan pulang kepada Mu dengan segumoal hati yg hitam dipenuhi dosa-dosa lampau, kembali untuk meminta keampunan Mu sebagai sehina-hina umat dan seandainya jika masih ada masa buat ku, Kau panjangkan lah masa pada ku, agar aku kembali bertaubat kepada Mu, agar aku tidak tergilincir semula dari landasan yang telah Engkau tetapkan.. Amiiiin

Saturday, August 7, 2010

New Chapter : Ramadhan Is The Starting Point

It's would be my drastic change to the new chapter of my life. Never look back can be good phrase for this new chapter but still never forget, and history behind this new chapter is always being remembered. I still need support, even it just a little wish from my friends but it is priceless. Even though there is no friends willing to give me a single support, I know Allah is always with me, He is the only one will give and grant me His Will.



Ramadhan : Ramadhan sudah makin hampir, Ya Allah, Sebelum ini aku leka dengan dunia ku, aku leka dari memperbanyakkan ibadah kepada-Mu, Jika Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terkahir buatku, Kau pertemukan lah aku dengan dia, Kau kuatkan lah semangat ku, jauhkan aku dari dunia leka ku, kau dekatkan lah aku kepada-Mu, jauhkan lah aku dari perbuatan yang mendatangkan kemungkaran-MU, sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah, dan mengharapkan segala keampunan-MU. Ya Allah, Kau tutupkan lah pintu aib ku di kala lampau ku, kau berikan lah rahmat dan makfirat-Mu kepada aku. Ya Allah, kau berikanlah keberkatan Ramadhan akan datang kepada ibu bapaku, kakak adik-adikku dan rakan-rakanku, supaya mereka mendapat keberkatan yang Engkau kehendaki dan berikanlah kenikmatan Ramadhan ini juga kepada mereka.


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

* Kepada kawan-kawan dan awak yang mungkin membaca blog ini, dengan seihklas hati aku memohon ampun jika ada salah dan silap ku selama ini, mungkin selama ini aku melepaskan tutur kata-kata yg menyakitkan hati, dan tingkah laku aku yang membuatkan kamu jelik melihat diri ini, moga kata-kata maaf aku ini dapat melembutkan hati mu memaafkan dosa-dosa dan kesalahan aku kepada kamu semua. Semoga kita dapat ketemu jua.